Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, Lim Kit Siang nampaknya semakin kuat meroyan.
Mungkin dia sukar terima kenyataan anak kesayangannya bukan lagi Menteri Kewayangan.
Penyakit meroyannya semakin teruk selepas Malaysia dilanda wabak COVID-19.
Mula-mula, pada 25 Mac 2020, Kit Siang minta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat lebih awal daripada yang dijadualkan.
Nampaknya, bebelan bapa Lim Guan Eng ini tidak dilayan dan Muhyiddin meneruskan pembentangan pakej Prihatin yang disambut baik majoriti rakyat pada 27 Mac 2020.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat - Teks Penuh Ucapan PM
Pakej Prihatin PKS (Tambahan) - Teks Ucapan Penuh PM
Keesokannya pada 28 Mac 2020, dia gesa Muhyiddin bentangkan pakej Prihatin dalam sidang khas Parlimen selama dua hari.
Memang mengarut minta Parlimen bersidang dalam keadaan negara sedang berperang dengan COVID-19.
Silap-silap boleh mencetuskan kluster Parlimen sebab ramai yang berkumpul di dalam bangunan Parlimen yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat.
Apabila teruk dikecam, Kit Siang pada 3 April 2020 mencadangkan sidang khas Parlimen dilakukan secara dalam talian.
Cadangannya tidak mendapat sambutan kerana kerajaan mempunyai keperluan yang lebih mendesak iaitu memastikan rantaian jangkitan pandemik COVID-19 diputuskan sepenuhnya.
Pada 28 Mac juga, pemimpin paling lama berkuasa dalam DAP ini meminta kerajaan tidak mengikut bulat-bulat langkah yang diambil oleh United Kingdom, Amerika Syarikat dan China dalam merangka strategi memerangi COVID-19.
Dua hari berikutnya, Kit Siang berkata, Malaysia mesti belajar daripada Korea Selatan, China, United Kingdom dan Itali serta mengadakan sidang khas Parlimen untuk merangka strategy "apa sahaja yang diperlukan" untuk mengekang pandemik berkenaan.
Beri Pembebasan Awal Banduan Kekang Covid-19, Kata Lim Kit Siang
Yang terkini pada 5 April 2020, dia mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pembebasan awal kepada sebahagian banduan bagi mengurangkan kesesakan di dalam penjara sekali gus mengelakkan mereka terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19.
Sudah tentu cadangan kurang bijak itu dihentam para netizen kerana masalah-masalah lain mungkin tercetus apabila ramai bekas banduan kembali ke pangkuan masyarakat.
Contohnya tentang proses parol dan peluang pekerjaan yang sangat terhad bukan sahaja untuk bekas banduan malah sebahagian besar rakyat dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
KDNK Malaysia 2020 Antara -2% Hingga 0.5% - Bank Negara
Pelik juga kerana semasa PH berkuasa dahulu, Kit Siang tidak banyak memberi cadangan terhadap kerajaan.
Sampai sekarang dia masih belum meroyan tentang isu wang Tabung Harapan yang ghaib entah ke mana serta penjualan aset-aset Khazanah, Tabung Haji dan LTAT yang penuh kontroversi.
Sikap itu tidak menghairankan sebab mungkin Kit Siang berasa segan untuk menegurnya anaknya sendiri yang mempunyai peranan penting dalam kerajaan PH dahulu.
Memandangkan penyakit meroyan Kit Siang semakin teruk kebelakangan ini, eloklah dia bersara selama-lamanya dari gelanggang politik tanah air sebelum dia menjadi nyanyuk.
Lagipun dia pernah kata sanggup bersara kalau Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menunaikan janji memberi jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memang sudah sah janji itu tidak ditunaikan dan eloklah Kit Siang bersara sebab rakyat Malaysia pun meluat tengok mukanya.
Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (Prihatin) & Soalan Lazim
Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari
0 Ulasan