Soalan lazim tentang pengeluaran wang Akaun 2 KWSP di bawah inisiatif i-Lestari khusus untuk menangani kesan Covid-19.
1. Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran i-Lestari?
Ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.2. Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?
i. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun).(Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat).
ii. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021.
iii. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada 2(i).
iv. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020.
3. Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:* Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
* Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
* Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari).
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i).
4. Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?
Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:a. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
b. Berumur bawah 55 tahun
c. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
d. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
5. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.6. Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.Sumber: KWSP
Terima Kasih PM, Pencarum KWSP Boleh Keluar Wang RM500 Sebulan Selama Setahun
Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 KWSP, Netizen Sokong Cadangan Najib
Tun M Dikuarantin Lepas Bergambar Dengan Individu Positif Covid-19
Pengeluaran Akaun 2 KWSP Lebih Berkesan Bantu Rakyat Terjejas Akibat Covid-19
2 Ulasan
Saya bankrup dan xde acc bank.camne nak kluarkan ye
BalasPadamBoleh berhubung dengan KWSP terus tuan.
Padam