Bimbang Kesan Ekonomi Akibat Covid-19? Salurkan Maklum Balas Kepada Kerajaan

Gambar: cottonbro / Pexels

Pandemik Covid-19 yang sedang melanda bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dari segi kesihatan, malah turut menjejaskan ekonomi negara dan sumber pendapatan rakyat.

Sudah tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran masing-masing seperti sejauh manakah mereka mampu bertahan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan.

Walaupun kerajaan telah memberi jaminan bahawa bekalan makanan dan barangan keperluan asas yang lain adalah mencukupi, masih ada satu persoalan yang membelenggu pemikiran majoriti rakyat yang hilang sumber pendapatan ketika ini.

Dari manakah mereka akan memperoleh wang untuk membeli barangan yang diperlukan?

Golongan peniaga dan usahawan kecil juga bimbang tentang kuasa beli pengguna yang berkurangan sehingga menyebabkan barangan yang dijual tidak laku.

Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 KWSP, Netizen Sokong Cadangan Najib

Begitu juga dengan majikan dalam sektor swasta yang berdepan dilema untuk memenuhi komitmen membayar gaji pekerja sedangkan pendapatan mereka jatuh merudum.

Jika persoalan-persoalan sedemikian sentiasa bermain dalam fikiran anda sehingga menyebabkan susah tidur lena pada waktu malam, anda boleh menyalurkannya kepada kerajaan.

Tun M Dikuarantin Lepas Bergambar Dengan Individu Positif Covid-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mempelawa orang ramai dan sektor swasta untuk berkongsi maklum balas kepada Majlis Tindakan Ekonomi.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 22 Mac 2020, Mustapa menjelaskan, kerajaan telah menubuhkan satu platform khusus untuk orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk berkongsi maklum balas bagi menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi negara khususnya ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

"Maklumbalas yang dikemukakan akan diperinci untuk dijadikan input kepada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi atau Economic Action Council (EAC) yang diadakan pada setiap minggu," katanya.

Platform khusus itu diwujudkan hasil daripada mesyuarat pertama EAC pada 16 Mac 2020.

Lelaki Dakwa Najis, Air Kencing Lembu Mampu Rawat Koronavirus

Kerajaan telah menubuhkan EAC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkatkan keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara.

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan simpan segala kebimbangan yang bersarang dalam fikiran anda.

Salurkan maklum balas anda kepada Sekretariat EAC melalui pautan
www.mea.gov.my/ms/ekonomikita 

Catat Ulasan

0 Ulasan