Pengeluaran Akaun 2 KWSP Lebih Berkesan Bantu Rakyat Terjejas Akibat Covid-19

Gambar: Robert Bogdan / Pexels

Fenomena pandemik Covid-19 yang kini sedang dihadapi di Malaysia menjejaskan punca pendapatan majoriti rakyat yang berdepan kesukaran mencari rezeki seperti biasa.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban kewangan seperti menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM600 kepada kira-kira 33,000 pekerja yang diberi cuti tanpa gaji.

Selain itu, beberapa kerajaan negeri seperti di Negeri Sembilan turut menyalurkan bantuan kepada peniaga kecil dan golongan berpendapatan rendah.

Usaha kerajaan itu memang wajar dipuji namun masih belum bersifat menyeluruh untuk membantu sejumlah besar rakyat yang berpendapatan sederhana lebih-lebih lagi mereka yang bekerja sendiri.

Sebahagian daripada golongan ini merupakan mereka yang hilang pekerjaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14  dan terpaksa bekerja sendiri untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun tidak termasuk dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah (B40), golongan pekerja bebas atau freelancer ini berdepan situasi tidak menentu selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Memang mereka bekerja dari rumah tetapi apabila pejabat pelanggan ditutup sementara, urusan pembayaran untuk tugasan sebelum ini tergendala.

Pada masa yang sama, tugasan baharu berkurangan atau tiada langsung.

Nasib serupa dialami oleh golongan peniaga kecil seperti di pasar malam, pasar tani dan sebagainya.

Lebih 30 Majlis Kahwin Dibatalkan, Bisnes Katering Tanggung Rugi

Pendapatan yang menyusut menyebabkan mereka bimbang tentang keupayaan menyara hidup keluarga dan memenuhi komitmen membayar ansuran pinjaman kepada institusi kewangan.

Seperti yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, kesediaan kerajaan untuk membenarkan mereka mengeluarkan sebahagian daripada dana dalam Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pasti amat membantu rakyat yang kini dalam kesempitan.


Cadangan yang dilontarkan oleh Najib itu menerima sambutan yang amat memberangsangkan oleh para netizen.

Mereka turut memberi cadangan tambahan seperti membenarkan proses permohonan pengeluaran dilakukan secara dalam talian bagi mengelakkan risiko penularan Covid-19 jika transaksi ini dibuat di kaunter-kaunter KWSP.

Pembayaran juga boleh dibuat secara terus ke dalam akaun bank pencarum manakala had pengeluaran ditetapkan sehingga RM3,000.

Memang wajar kerajaan mempertimbangkan cadangan ini kerana kedudukan kewangan semasa negara tidak memungkinkan bantuan sara hidup diberi kepada rakyat secara menyeluruh.

Tambahan pula, wang yang dikeluarkan adalah dari hasil caruman mereka semasa bekerja dahulu.

Tidak salah jika menggunakan sebahagian daripada wang sendiri untuk mengharungi detik-detik sukar ketika ini.

Besar harapan pencarum-pencarum KWSP kepada pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meluluskan cadangan yang bukan sahaja membantu rakyat, malah berupaya merangsang kegiatan ekonomi yang suram akibat pandemik Covid-19.

Tiga remaja Palestin diculik tentera rejim Zionis Israel

Tengkorak wanita Palestin retak akibat dihentak buntut senapang polis rejim Zionis

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Sya amat menyokong cadangan ini,,sya melihat tda sebab utk menolak cadangan ini memandangkan situasi sekarang amat terdesak bagi rakyat,,persoalannya mengapa keadaan amat mendesak bagi rakyat kerajaan amat berat meluluskan dahulu caruman KWSP boleh jg di keluarkan utk pinjaman komputer,persoalan ini harus di fikirkan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, kerajaan akan dengar rintihan kita. Sama2 kita berdoa agar Allah permudahkan segala urusan.

      Padam
  2. Sokong tersangat2 luar biase
    Keje xde boleh rilek kat rumah
    Duit xde ape pon xdpat ape
    kpale pening

    BalasPadam
  3. Sangat2x memerlukn sy kerja sndri skrg ni..tp dh printh kuaratin ni x de sumber nk dpt..hrp2x gov dgr rintihn kmi smoa..bg yg x de kwsp gov harus ambil insiatif dgn cpt utk bntu mereka..klo kwsp dpt kloa dlm 3ribu krjaan blh jimt utk bntu yg x de carum kwsp yg kerka sndri..gov kmi amt memerlukn skrg ni..

    BalasPadam
  4. jadi apa tunggu lagi rakyat memerlukan sekarang..
    #kerajaan
    #kwsp
    #tolongambilperhatianhalinirakyatmemerlukanmasasekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kita berdoa ada berita gembira dan wabak covid-19 segera berakhir.

      Padam
  5. gaji saya sehari RM25.. suda 5 hari tak kerja.. saya setuju dengan cadangan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dalam mengharungi saat-saat sukar ini.

      Padam
  6. Sya petani kecil dan bgantung kepada hasil tanaman..sejak dkuarantin ni.agak mbimbangkan kehilangan punca pendapatan kerana tak dapat utk keluar memasarkn hasil..semoga cadangan ini dpt dpertimbangkn

    BalasPadam
  7. macam mana nak keluarkan duit nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak Perlu Datang Kaunter , Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP - Gaya Hidup - CARI Infonet > https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=53390

      Padam
    2. https://hussaini-tukangtulis.blogspot.com/2020/03/soalan-lazim-asas-pengeluaran-i-lestari.html?m=1

      Padam