Tiga remaja Palestin diculik tentera rejim Zionis Israel

Gambar: Palestinian Information Center

Tentera rejim Zionis Israel menculik tiga remaja Palestin di bandar Hizma, timur Jerusalem pada 4 Disember 2019.

Memetik laporan Pusat Maklumat Palestin, dua daripada kanak-kanak terbabit merupakan adik-beradik.

Sumber berkata, sejumlah besar anggota tentera rejim menyerbu Hizma pada awal pagi dan memecah masuk ke dalam beberapa rumah yang didiami warga Palestin.

Tiga remaja Palestin yang diculik dari rumah mereka sendiri ialah dua adik beradik, Mohammed Sbeih dan Hamada Sbeih manakala seorang lagi remaja bernama Yahya Sbeih.


Sumber berita:
https://english.palinfo.com/news/2019/12/4/iof-arrests-three-palestinian-youths-in-jerusalem

Catat Ulasan

0 Ulasan