Pendatang haram Yahudi cemar kesucian Masjid al-Aqsa

Gambar: Pusat Maklumat Palestin

Kira-kira 100 pendatang haram Yahudi mencemarkan kesucian kawasan pekarangan Masjid al-Aqsa sambil dikawal ketat oleh polis rejim Zionis Israel pada 5 Disember 2019.

Pusat Maklumat Palestin melaporkan, menurut Lembaga Awqaf Islam, pendatang-pendatang haram Yahudi terbabit , termasuk pelajar, melawat pekarangan masjid tersebut dan diberi penerangan tentang bekas tapak rumah ibadat Yahudi yang didakwa pernah dibina di situ.

Pendatang haram Yahudi dan polis rejim Zionis Israel bebas mencemarkan kesucian Masjid al-Aqsa pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis rejim Zionis Israel menutup Pintu al-Maghariba yang digunakan oleh pendatang haram Yahudi untuk memasuki al-Aqsa pada pukul 10.30 pagi selepas mereka mengunjungi masjid suci umat Islam itu pada waktu pagi.

Pintu yang sama dibuka semula waktu petang bagi membolehkan pendatang haram Yahudi memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa.

Sekatan dikuatkuasakan terhadap umat Islam yang ingin memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang tempoh tersebut di mana dokumen pengenalan diri mereka ditahan selagi mereka berada di tanah suci itu,

Sumber: 100 settlers defile Aqsa Mosque in morning tours


Catat Ulasan

0 Ulasan