Rejim Zionis Israel larang pegawai Malaysia memasuki Ramallah

Ramallah. Gambar: Wikipedia
Hasrat kerajaan Malaysia untuk membuka kedutaan di Palestin berdepan kesukaran ekoran keengganan rejim Zionis Israel membenarkan pegawai-pegawai dari Malaysia memasuki Ramallah.
Memetik laporan Quds News Network pada 3 Disember 2019, tindakan itu ada kaitan dengan pendirian Malaysia tentang pendudukan haram rejim Zionis di Palestin.
Menteri Luar Israel, Israel Katz dan media Israel mendakwa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mohamad bersikap anti-Semitik berikutan pendiriannya menyokong hak rakyat Palestin serta mengkritik jenayah yang dilakukan rejim Zionis.
Katz turut mendakwa, pendirian Malaysia itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak dibenarkan langsung menjejakkan kaki dalam wilayah Israel.
Hakikatnya, pegawai-pegawai Malaysia hanya ingin mengunjungi Tebing Barat yang menurut undang-undang antarabangsa, bukan berada dalam wilayah Israel.

Catat Ulasan

0 Ulasan