Penduduk kampung Kafr Laqif halang rejim Zionis Israel rampas tanah

     Gambar: Palestinian Information Center

Pertempuran tercetus di kampung Kafr Laqif, timur Qalqilya, Palestin pada Ahad lalu (8 Disember 2019) ekoran kebiadaban tentera rejim Zionis Israel.

Memetik laporan Palestinian Information Center, tentera rejim menceroboh tanah milik rakyat Palestin di situ dan ingin merobohkan semua struktur di atasnya bagi membolehkan tindakan perampasan dilakukan.

Ketua majlis kampung Kafr Laqif, Nayef Jaber berkata, tentera rejim Zionis Israel dan pendatang haram Yahudi menyerang rakyat Palestin yang membantah cubaan merampas 27 dunum (6.67 ekar) tanah milik mereka.

Tanah itu dirampas untuk memperluaskan kawasan pendudukan haram pendatang Yahudi.

Jaber berkata, penduduk kampung berjaya mengusir pendatang haram Yahudi dan menghalang operasi perobohan.

Difahamkan, tindakan perundangan akan diambil dalam masa beberapa hari.

Dia menambah, rejim Zionis Israel merancang untuk merampas tanah-tanah milik rakyat Palestin di kampung Kafr Laqif bagi membolehkan projek memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi, Karni Shamron.

Sumber: https://english.palinfo.com/42174

Catat Ulasan

0 Ulasan