Kedai Gunting Rambut Boleh Beroperasi PKP Fasa 3

Gambar: Nick Demou / Pexels

Kerajaan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semula apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa ketiga mulai 15 April 2020.

Walau bagaimanapun, hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja yang dibenarkan.

Maknanya, kalau hendak bercukur janggut dan misai, boleh dilakukan di rumah sendiri sahaja.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang turut dibenarkan beroperasi semula adalah seperti berikut:

* Industri automotif 

(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan). 

* Industri mesin dan peralatan 

* Industri aeroangkasa 

* Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan 
(i) Projek di mana kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama 
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas 
(iii) Kerja-kerja terowong 
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan 
(v) Kerja-kerja cerun 
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak 
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak 
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya 
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas 
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja 
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan. 


* Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) 
- (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID-19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja. 

* Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar 
(hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners). 

* Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan. 

* Perkhidmatan dobi (perkhidmatan penuh dan bukan layan diri).


Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi.

“Semua permohonan mestilah dibuat secara dalam talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my

“Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses,” jelasnya.

Beliau menambah, syarikat-syarikat terbabit WAJIB mematuhi syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

Menurut Mohamed Azmin, selain pematuhan kepada syarat-syarat dan garis panduan yang diperketatkan itu, kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa. 

“Kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut akta semasa,” katanya.

KDNK Malaysia 2020 Antara -2% Hingga 0.5% - Bank Negara

Ramai Pelanggan CIMB Bengang, Apa Puncanya?


Catat Ulasan

0 Ulasan