Ayuh! Tandatangan Petisyen Desak Lim Kit Siang Letak Jawatan

Gambar: Astro Awani


Pada 9 Mei 2019, Lim Kit Siang berjanji bahawa beliau akan meletak jawatan sekiranya Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji itu dibuat secara terbuka di hadapan penyokong-penyokong DAP yang mendengar kelentongnya dalam ceramah Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan di Taman Mesra, Sandakan.


"Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan Perdana Menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding," kata Uncle Kit Siang seperti dilaporkan Astro Awani.

Wah! Begitu yakinnya kamu ketika itu wahai Uncle. 

Malang sungguh kerana apa yang diharapkan bapa kepada Lim Guan Eng itu tidak berlaku.


Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri secara tiba-tiba dan penyerahan jawatan kepada Anwar tidak berlaku.

Sebagai pemimpin dalam sebuah parti yang kononnya berintegriti tinggi, Kit Siang sepatutnya melepaskan jawatannya.

Dua bulan telah berlalu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus meranapkan angan-angan Anwar untuk menyandang jawatan yang diidamkannya sejak sekian lama itu.

Namun, Kit Siang masih lagi belum meletak jawatan dan hari-hari kerjanya meroyan meminta Dewan Rakyat bersidang selama dua minggu.


Memandangkan Uncle sangat liat melepaskan jawatannya, rakyat Malaysia telah membuat petisyen melalui Change.org bagi mendesak beliau berbuat demikian.

Petisyen tersebut dimulakan oleh seorang individu yang menggunakan identiti Ahmad Abdul.

"Rakyat Malaysia menuntut pemimpin-pemimpin Malaysia untuk membuktikan mereka masih ada integriti dan mampu menonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan.

"Rakyat sudah jelik dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia yang suka menabur janji kosong sesuka hati.

"Kita tidak mahu dikencing lagi.

"Rakyat tuntut Lim Kit Siang tunaikan janjinya sendiri untuk bersara jika Tun Mahathir tak serah jawatan PM kepada Anwar Ibrahim," kata Ahmad Abdul.

Haiya! Suruh tunaikan janji sendiri pun susah sangat ke Uncle?

Orang ramai yang ingin menandatangani petisyen boleh berbuat demikian melalui pautan ini: Rakyat tuntut Lim Kit Siang tunaikan janji untuk bersara.

Ayuh! Tunaikan tanggungjawab anda untuk membebaskan Malaysia daripada kencingan Uncle Kit Siang dan DAP.





Catat Ulasan

0 Ulasan