Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, perangai rakyat Malaysia nampak lain macam betul.
Mudah sentap, kalau orang tersalah cakap mesti teruk dikerjakan dalam media sosial.
Mula-mula artis, lepas itu usahawan, Rohingya dan yang terbaharu, Jakel.
Memanglah Muzaffar Jakel pun ada buat silap bila tulis dalam Instagram seolah-olah memperlekehkan kebijaksanaan orang Melayu.
Kerana Mulut Badan Binasa, 'Ex-Staff' Dedah Perangai Sebenar Muzaffar Jakel
Tak patutlah cakap begitu, ramai orang Melayu yang bijak pandai.
Lagipun, yang selalu borong baju dan kain di Jakel pun orang Melayu jugak.
Kenalah jaga hati pelanggan baik-baik, kalau mereka lari nanti siapa jugak yang susah.
Netizen pun satu hal, kalau marah sekali pun tak payahlah sampai maki hamun tujuh keturunan.
Cakaplah elok-elok, tak baik cakap yang bukan-bukan masa bulan Ramadan.
Jangan sampai lupa adab berpuasa.
Yang buat salah pun Muzaffar seorang dan dia dah minta maaf.
Janganlah serang keluarga dia pulak.
Abang dia Datuk Faroz Jakel pun siap buat video minta maaf.
Manusia memang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Kita sendiri pun bukan sempurna, selalu jugak buat salah dan sakitkan hati orang lain.
Yang penting, kita belajar dari kesilapan dan insaf tak akan mengulanginya.
Pemuda Terima Tawaran Biasiswa NASA Dakwa Kena Tipu
Tak rugi pun kalau kita maafkan kesalahan orang lain terhadap kita.
Kalau nak boikot jugak, itu terpulanglah.
Maafkanlah mereka dan berdamailah sebab itu yang lebih baik.
Penafian: Tiada siapa pun yang bayar aku untuk tulis artikel ini. Memang sukarela dan oh ya, aku bukan RBA.
Taktik Kotor RBA, Rakyat Mesti Tahu!
RBA Kantoi Fitnah Zahid Hamidi Isu Dana Pelarian Rohingya
Awas! Anasir RBA Mula Sabotaj Kumpulan Facebook Pro-PN
0 Ulasan