Oh, 'Mulianya' Hati DAP Mahu Bela Nasib Pelarian Rohingya!



Selama ini DAP sering dilabel sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman, cauvinistik dan tidak mesra Islam.

Ekoran label yang ditempel pada DAP itu, mungkin ramai yang menyangka parti yang diterajui Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng mengambil pendirian membantah kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.

Atau sekurang-kurangnya DAP menyokong gerakan anti-Rohingya yang penuh emosi tak tentu arah, dipercayai didalangi oleh ejen-ejen Red Bean Army.


Walau bagaimanapun, sangkaan itu tersasar jauh kerana pada tahun 2015, DAP pernah mengecam kerajaan kerana memutuskan untuk menghantar pulang kira-kira 500 pelarian Rohingya yang cuba memasuki perairan utara Semenanjung Malaysia.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika itu menegaskan bahawa Malaysia sepatutnya melindungi pelarian Rohingya.

Ini bukan berita palsu sebab dilaporkan oleh RoketKini yang merupakan lidah bercabang rasmi DAP.

Kalau tak percaya boleh baca artikel ini: DAP kecam langkah kerajaan hantar pulang pelarian Rohingya.

Memang Charles kena makan kismis banyak-banyak sebab terlupa bagaimana 'prihatinnya' rejim Pakatan Harapan (PH) terhadap pelarian Rohingya ketika mereka berkuasa.


Penganalisis politik, Dr Kamarulzaman Yusoff telah memperincikan sembilan bukti yang menunjukkan sikap rejim PH yang didominasi DAP terhadap pelarian Rohingya ketika mereka sempat mengkucar-kacirkan negara selama 22 bulan.

9 BUKTI “CINTA DAN KASIHNYA” KERAJAAN PH KEPADA PELARIAN ROHINGYA WAKTU PH BERKUASA DAHULU

Seronok sekali membaca dan menonton kenyataan-kenyataan para pemimpin PH, baik daripada PKR, DAP mahupun AMANAH, membidas Kerajaan PN sehubungan dengan dakwaan hangat mutakhir ini mengenai kurang “cinta dan kasihnya” ia kepada pelarian Rohingya. 
Bagi lebih menyeronokkan keadaan, marilah pula kita melihat 9 bukti betapa mendalam “cinta dan kasihnya” Kerajaan PH kepada pelarian Rohingya yang telah ia tunjukkan sewaktu ia memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia dari 10 Mei 2018 ke 24 Februari 2020. 
BUKTI PERTAMA 
Kepada soalan TUAN WONG HON WAI [BUKIT BENDERA] yang menanyakan apakah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh Kerajaan PH untuk mengelakkan pelarian Rohingya daripada membanjiri sempadan darat dan maritim Malaysia, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KERAJAAN PH  [TUAN LIEW CHIN TONG]: 
“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melalui Markas Wilayah Laut 3 yang berpangkalan di Langkawi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi bagi memantau kemasukan pelarian Rohingya ke perairan negara. Di samping itu kerjasama perisikan dengan tentera laut Thailand juga diwujudkan bagi tujuan perkongsian maklumat.” 
BUKTI KEDUA 
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang meminta supaya Kerajaan PH menyatakan apakah perancangannya untuk menyelesaikan masalah pendaftaran pelarian Rohingya yang diselia oleh UNHCR ketika itu, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL 
“Kerajaan telah berunding dengan UNHCR untuk menempatkan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) dalam proses Refugee Status Determination yang dijalankan oleh pihak UNHCR. Namun, rundingan tersebut masih belum dapat dimuktamadkan.” 
BUKTI KETIGA 
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH bersedia untuk mewujudkan satu unit yang rasmi/khas untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan UNHCR dalam proses pendaftaran pelarian, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL] 
“Satu jawatankuasa belum lagi ditubuhkan.” 
BUKTI KEEMPAT 
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH bersedia untuk menjadikan pelarian Rohingya sebagai pekerja asing yang didaftarkan secara sah, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL]:
“Kita tidak mahu menjejaskan kepentingan rakyat sendiri dalam negara supaya kita pelihara peluang pekerjaan untuk rakyat sendiri pun.” 
BUKTI KELIMA 
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH melihat bahawa pelarian yang ada di negara kita berpotensi untuk menjadi tenaga buruh, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI SUMBER MANUSIA KERAJAAN PH [Tuan M. Kulasegaran]: 
“Pada setakat ini tidak ada dasar-dasar yang tertentu untuk menolong pelarian untuk mendapat kerja di negara ini.” 
BUKTI KEENAM 
Kepada soalan TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN] yang menanyakan apakah Kerajaan PH berhasrat untuk memperluaskan Program Food Bank Malaysia kepada para pelarian daripada negara luar, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KERAJAAN PH [DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL]: 
“Fokus kita masih lagi kepada anak-anak tempatan kita yang masih lagi ramai belum kami dekati sementara kami hargai usaha oleh kalangan NGO yang lain yang menjadikan pelarian sebagai sasaran. Kami anggap memadai dulu usaha itu dipikul oleh NGO.” 
BUKTI KETUJUH 
Kepada cadangan DATO’ TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN [KUBANG KERIAN] supaya Kerajaan PH mengecualikan pelarian yang memegang kad UNHCR daripada membayar caj vaksin, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI KESIHATAN KERAJAAN PH [DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD]: 
“Dari segi kad pemegang UNHCR itu, Malaysia adalah di antara yang belum lagi meratifikasi dan mengiktiraf mereka sebagai refugees. Dengan kata lain, mereka terpaksa juga dikenakan caj.” 
BUKTI KELAPAN 
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH merancang untuk membuka Hospital Medan bagi membantu pelarian Rohingya yang berada di Rakhine State itu sendiri, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KERAJAAN PH [TUAN LIEW CHIN TONG]: 
“Kementerian tidak ada rancangan untuk membuka Hospital Medan di Rakhine State.” 
BUKTI KESEMBILAN 
Paling menarik, TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD KADIR [SETIU] pernah menanyakan sejauh manakah perkembangan proses meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah PBB dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya Rohingya kerana beliau yakin dan percaya hanya melalui langkah ini pelarian Rohingya akan dapat dibantu dalam bidang kesihatan, pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan sekali gus mampu mengelak pelbagai kes jenayah yang terpaksa dilakukan oleh mereka bagi menampung kehidupan seharian mereka. 
Dan sehingga ke tarikh jatuhnya Kerajaan PH pada 24 Februari 2020 sekalipun soalan ini tidak mampu untuk dijawab oleh mana-mana pemimpin Kerajaan PH kerana ia tidak pernah cuba dilaksanakan walaupun: 
Di dalam JANJI 59 (MUKA SURAT 152) MANIFESTO PRU 14 PH jelas terpampang janji PH bahawa: “Kerajaan PH akan meratifkasi Kovensyen Antarabangsa Mengenai Pelarian 1951 agar pelarian yang datang ke Malaysia untuk meyelamatkan diri dapat diberi bantuan sewajarnya.”
Dan di dalam JANJI 35 (MUKA SURAT 99) MANIFESTO PRU 14 PH jelas terpampang janji PH bahawa: “Kerajaan PH akan mengabsahkan status lebih dari 150,000 orang pelarian yang mempunyai kad UNHCR sebagai pelarian dan memberi kebenaran untuk mereka bekerja.” 
Begitulah 9 bukti betapa mendalam “cinta dan kasihnya” Kerajaan PH kepada pelarian Rohingya. 
Silalah basuh sendiri jika tiba-tiba sahaja badan anda berbau hancing 😁😁
(https://www.facebook.com/100001022016761/posts/3202395243137845/)

Sudah-sudahlah tu DAP, tak usahlah berpura-pura memiliki hati yang mulia untuk membela golongan yang tertindas sedangkan semasa berkuasa, mereka pandang sebelah mata sahaja.

Rakyat termasuk penyokong DAP sendiri tak percaya dengan propaganda lapuk dan murahan kerana mata mereka kini sudah celik.


Catat Ulasan

0 Ulasan