Selepas rejim Pakatan Harapan (PH) tumbang, penyokong-penyokongnya semakin tak tentu hala.
Mereka mula mencari kambing hitam untuk dipersalahkan sebagai punca yang menyebabkan rejim yang dikuasai DAP itu hilang kuasa dalam masa tidak sampai dua tahun selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Jangan terkejut jika mereka didapati mula membenci tokoh-tokoh Melayu dalam PH seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Perkara ini bukan rekaan semata-mata. Sikap mereka dapat dilihat dengan jelas melalui komen-komen yang diberikan dalam media sosial khususnya Facebook.
Kalau tak percaya, bacalah apa komen penyokong-penyokong PH terhadap pendirian Dr Mahathir berhubung isu pelarian Rohingya.
Walaupun Dr Mahathir merupakan dalang utama di sebalik kejayaan rejim PH merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional, bekas Perdana Menteri itu dimaki hamun semata-mata kerana meminta agar rakyat tidak membenci pelarian Rohingya.
https://www.facebook.com/groups/1766500910288652/permalink/2679965488942185/ |
Jika Anwar dulu disanjung tinggi sebagai idola PH, kini beliau juga menerima nasib yang serupa seperti Dr Mahathir.
Sebahagian penyokong PH kini tidak lagi menghormati Anwar dan enggan menyokong impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Lihatlah berbakul-bakul Anwar disumpah seranah.
https://www.facebook.com/groups/1766500910288652/permalink/2679963232275744/ |
Bekas menteri termuda dalam Kabinet rejim PH, Syed Saddiq pula langsung tidak menerima simpati selepas kehilangan sejumlah besar wang yang disimpan di dalam peti besi di rumahnya.
https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=53518 |
Agak pelik apabila penyokong-penyokong PH mengamalkan dwistandard terhadap DAP yang pernah mengecam tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan bot pelarian Rohingya mendarat di negara ini pada 2015.
Sikap dungu mereka semakin terserlah melalui tuduhan membuta tuli kononnya artikel yang melaporkan kenyataan Charles Santiago itu sebagai berita palsu.
Artikel tersebut disiarkan oleh lidah bercabang rasmi DAP, RoketKini.
https://www.facebook.com/groups/1766500910288652/permalink/2680432168895517/ |
Nampaknya mereka tidak dapat menerima kenyataan yang pahit untuk ditelan bahawa DAP yang dipuja pernah menyokong kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.
Satu persoalan yang besar timbul setelah melihat sikap penyokong-penyokong PH adalah siapakah yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri jika mereka membentuk kerajaan sekali lagi.
Jelas sekali mereka tidak mahu Anwar dan Dr. Mahathir kerana kedua-dua tokoh itu yang sabotaj rejim PH sehingga jatuh tergolek.
Tun M Perdana Menteri Interim, PH Bubar - Apa Nasib Menteri Kabinet?
Melihat sikap mereka yang sangat menyayangi DAP walaupun pemimpin-pemimpinnya juga bermasalah, ada kemungkinan salah seorang Ahli Parlimen dari parti itu dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
Sudah tentu kita tidak boleh membiarkan kemungkinan yang sangat menakutkan itu berlaku.
Cukup-cukuplah rakyat menderita selama 22 bulan di bawah penindasan rejim PH yang kaki kelentong.
Tumpukan usaha menggempur DAP agar mereka tidak dapat menipu rakyat sekali lagi seperti yang pernah dilakukan sebelum PRU-14.
DAP yang menjadi tulang belakang rejim PH mesti dilumpuhkan agar tiada lagi parti yang rasis, cauvinis dan sombong di negara ini selepas PRU-15.
Laporan The Guardian Tentang 'Royal Coup' Sangat Tidak Tepat Dan Terpesong - Istana Negara
UMNO Gesa Kerajaan PN Segera Dakwa Suspek Pembunuhan Adib Di Mahkamah
Sidang Dewan Rakyat Ditangguh Lebih 2 Bulan, Mula Pada 18 Mei
Kerajaan Tangguh Sidang Dewan Rakyat Sebab Takut - Fahmi Fadzil
0 Ulasan