Abang Mat Tanya, Adakah Jalan Raya Bakal Jadi Medan Penentu?


Kalau jadi pembangkang, Mat Sabu memang hebat. Numero uno. 

Naluri pembangkangnya yang 22 bulan terpendam semasa menjadi Menteri Pertahanan dahulu kini subur kembali selepas rejim Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Marah betul nampaknya Abang Mat bila dapat tahu Dewan Rakyat yang bersidang pada 18 Mei 2020 hanya memperuntukkan masa untuk titah Yang di-Pertuan Agong sahaja.

Habis rosak semua program nak cuit-cuit bekas-bekas rakan lama dalam Perikatan Nasional (PN).

Apa-apa hal, baca dulu kenyataan penuh Abang Mat:

KENYATAAN MEDIA  
PERIKATAN NASIONAL GAGAL DOKONG SEMANGAT DEMOKRATIK   
Kenyataan media yang memaklumkan bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020 hanya untuk mendengar urusan titah diraja Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak mengejutkan malah telah dijangka.  
Selepas melancarkan serangan hendap yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton' untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional terus menunjukkan sikap rakus dengan menjatuhkan beberapa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Harapan termasuklah terkini di Kedah.  
Desakan Pakatan Harapan sebelum ini supaya Dewan Rakyat bersidang penuh bukan sahaja tidak diberikan perhatian malah urusan sehari pada 18 Mei juga telah dipendekkan lagi tanpa sebarang persidangan selepas Titah Diraja.  
Jelas sekali tindakan ini bukan sahaja tidak mencerminkan kewibawaan dan sikap demokratik kerajaan kini, malah turut menunjukkan kegusaran kerajaan Perikatan Nasional terhadap usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.  
Sekiranya Parlimen tidak dijadikan medan terbuka yang berkesan untuk menunjukkan keberkesanan sistem demokrasi dalam negara, adakah ini bermakna bahawa jalan raya bakal menjadi medan penentu selepas ini?   
Semestinya kita menjangkakan mereka akan berselindung di sebalik alasan 'sudah-sudahlah berpolitik' walaupun mereka sendiri yang ghairah merampas dan mengagih kuasa semasa COVID-19 menular. 
Terang lagi bersuluh, kerajaan Perikatan Nasional kini bukan sahaja merupakan 'Kerajaan Pintu Belakang' tetapi juga 'Kerajaan Tanpa Tulang Belakang'.   
MOHAMAD BIN SABU 
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) 
Ahli Parlimen Kota Raja 
Tarikh: 14 Mei 2020/21 Ramadan 1441H

Siapa nak jawab soalan cepumas Abang Mat tu?

Mungkin Abang Mat dan kawan-kawan seperjuangan beliau lupa COVID-19 masa ada lagi dalam Malaysia.

Katakan kalau jadi buat demonstrasi jalanan, apa jaminan Abang Mat semua demonstran akan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan?

Bila dah berteriak atas jalan ramai-ramai tu faham-faham ajelah.

Bimbang juga kalau ada yang gagal mengawal emosi sehingga mencampakkan mikrofon di atas jalan raya. 

Apa Abang Mat tak risau ka kalau ada demonstran dan pemimpin PH yang dijangkiti COVID-19 nanti?

Kalau semua dah jatuh sakit, kena kuarantin, siapa pulak nak jadi pembangkang?

Tak meriahlah Malaysia kalau tak ada pembangkang yang sentiasa menghiburkan hati rakyat dengan lawak jenaka di luar kotak.

Lebih-lebih lagi Abang Mat yang sentiasa membuatkan kami semua tak kering gusi.

Tetapi kami semua tak berlawak bila cakap kami benci dengan rejim PH.

Tak payahlah susah-susah buat demo atas jalan, memang kami tak sokong pun.

Mukhriz Enggan Menyerah Kalah, Dakwa Dirinya Masih MB Kedah

Tun Mahathir Malu Orang Melayu Bersangka Buruk Terhadap DAP




Catat Ulasan

0 Ulasan