Beranikah Anak Muda DAP 'Balas Dendam' Terhadap Lim Kit Siang?



Tak tahulah sama ada nak tergelak atau menangis bila membaca pandangan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Mahdzir Ibrahim yang disiarkan Malaysiakini.

Dia menyeru orang muda di Malaysia untuk 'membalas dendam' dengan mengambil alih kepimpinan dalam parti-parti politik.

Tergelak kerana dia hanya menyebut UMNO dan PAS sebagai contoh.

Menangis sebab Mahdzir langsung tak sentuh tentang DAP yang dikuasai pakcik Lim Kit Siang sejak berpuluh-puluh tahun.

PKR yang parti dinasti keluarga pun langsung tak dijentiknya. 

Begitu juga PAN tetapi itu tak mengapa sebab PAN bukan penting sangat pun.

Selepas Kedah, rejim PH NS pula akan tumbang?

Berapi-api Mahdzir menulis tentang betapa perlunya orang muda menggerakkan perubahan landskap politik negara.

Kalau berani sangat, tulis surat terbuka kepada Lim Kit Siang dan anak kesayangannya, Lim Guan mendesak supaya anak-anak muda termasuk Ibrahim sendiri diberi jawatan yang lebih tinggi dalam parti.

Bukan balik-balik muka sama sahaja yang pegang jawatan dan bertanding dalam pilihan raya.

Bukan balik-balik muka anak beranak yang menguasai dan menentukan hala tuju DAP.

Kalau nak dibandingkan, UMNO sudah lapan kali bertukar Presiden.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula merupakan Presiden PAS ketujuh.

Lim Kit Siang pula masih lagi aktif menguasai DAP sejak 1966. 

Apakah Mahdzir dan orang-orang muda dalam DAP tak bosan melihat muka Lim Kit Siang.

Wajib bagi mereka 'membalas dendam' dengan menamatkan dominasi dinasti Lim dalam DAP.

Orang kuat Wanita PKR Kedah keluar parti

Mulakan dengan mendesak pakcik Lim Kit Siang bersara dari politik dengan segera.

Bukan susah sangat pun sebab Lim Kit Siang sendiri yang berjanji akan letak jawatan kalau Tun Dr. Mahathir tidak serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang muda dalam DAP khususnya yang berketurunan Melayu mesti berani mengambil tindakan ini kalau tidak mahu mereka dianggap sekadar menjadi balaci dalam parti cauvinis itu.

Itu pun kalau Mahdzir dan kawan-kawannya betul-betul beranilah.

15 Cabaran UMNO Menjelang PRU-15

Abang Mat Tanya, Adakah Jalan Raya Bakal Jadi Medan Penentu?

Catat Ulasan

0 Ulasan