Biarkan troli merata-rata, mana kesedaran sivik mereka?


Gambar ini dirakamkan di tempat letak kereta Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Nampaknya individu yang menggunakan troli ini mengambil jalan mudah dengan meninggalkannya begitu sahaja di tempat letak kereta.

Susah sangatkah hendak menghantar semula troli ini ke tempat asalnya setelah digunakan?

Mungkin juga dia tidak belajar ilmu sivik semasa di sekolah dahulu.

Lantas menyebabkan dia bersikap mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan tentang orang lain.





Tak jauh mana pun jarak tempat letak kereta dengan pasar raya.

Elok juga pihak pengurusan pasar raya menggunakan troli yang memerlukan pelanggan memasukkan duit syiling untuk membuka kuncinya.

Dapat juga mengajar pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti ini agar memulangkan troli ke tempat asalnya.

Pandai ambil, pandailah hantar semula.

Catat Ulasan

0 Ulasan