Dr Akmal mengembalikan kejantanan Pemuda UMNO



Pemuda UMNO dilihat tidak berapa garang sejak diterajui oleh Khairy Jamaluddin mulai 2009 hingga 2018.

Imej elitis yang dibawa oleh KJ telah menenggelamkan reputasi Pemuda UMNO selaku pejuang barisan hadapan parti dalam isu-isu Melayu dan Islam.

Sayap tersebut dikatakan semakin lemah selepas kepimpinannya diambil alih oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pemuda UMNO ketika itu lebih banyak beretorik dan gagal memenangi hati pengundi muda.

Malah, Asyraf sendiri tewas buat kali ketiga pada PRU15.

Pemilihan Dr Akmal Saleh sebagai Ketua Pemuda UMNO pada Mac 2023 telah mengembalikan maruah dan kewibawaan sayap tersebut yang sudah sekian lama tercalar.




Keengganan beliau menjemput pemerhati dari parti-parti komponen PH pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 menunjukkan ketokohan beliau dalam mengambil pendirian berbeza.

Dr Akmal juga lantang dalam memperjuangkan dan membela nasib Datuk Seri Najib Razak tatkala ramai pemimpin UMNO yang lain lebih selesa menjaga periuk nasi sendiri.

Beliau sekali lagi membuktikan Pemuda UMNO masih jantan apabila lantang bersuara dalam isu stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Bukan setakat dikecam, malah Dr Akmal turut diugut bunuh.

Namun, beliau tidak sedikit pun gentar dan tidak tunduk dengan kecaman termasuk daripada pemimpin-pemimpin DAP.

Semalam negara digemparkan dengan berita penahanan Dr Akmal di Kota Kinabalu. 




Macam kebetulan pula, ditahan di KK sebab isu stoking KK.

Beliau telah dilepaskan semula selepas selesai memberi keterangan kepada polis.

Semoga Dr Akmal tetap istiqamah dalam perjuangan mempertahankan maruah agama dan bangsa walaupun berdepan pelbagai dugaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan