Johari Abdul sekeluarga patut makan ubi kayu - Khairuddin


Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini:

TAN SRI JOHARI ABDUL DAN KELUARGA HARUS MAKAN UBI KAYU SETIAP HARI SEBAGAI CONTOH KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Saya tidak mahu kata Speaker Parlimen cakap bodoh tetapi Tan Sri Johari Abdul dan keluarga harus jadikan ubi kayu sebagai makanan ruji mereka terlebih dahulu untuk dijadikan contoh kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Inilah masalah dengan pemimpin di negara kita yang sering kali gemar buat kenyataan yang agak dangkal bila berpaut pada kuasa.

Sebenarnya isu beras putih tempatan adalah masalah kelemahan 'enforcement' dari pihak penguatkuasaan yang terbukti gagal untuk memerangi puak kartel yang secara sengaja menyorokkan stok beras putih tempatan kemungkinan untuk naikkan harganya termasuk harga beras putih import bila kekurangan bekalan di pasaran.

Ini melambangkan kelemahan pentadbiran kerajaan Madani yang tidak mampu sehingga hari ini untuk menyelesaikan masalah bekalan stok beras putih tempatan.

Sekiranya isu beras putih tempatan pun mereka tidak mampu untuk selesaikan jadi tak perlulah mereka bercakap mengenai mentadbirkan negara ini secara efektif.

Asas yang penting adalah masalah penguatkuasaan pada realitinya.

Dalam isu ini saya juga ingin ingatkan Speaker Parlimen bahawa sekiranya digantikan dengan ubi kayu sebagai makanan alternatif kita tetapi bila permintaan pada ubi kayu tinggi puak kartel akan melakukan 'modus operandi' yang sama bagi menaikkan harga di pasaran.




Jadi isu stok bekalan yang mencukupi serta pengawalan harga akan menghadapi masalah yang sama sekiranya penguatkuasaan kita melawan kartel lemah.

Penguatkuasaan dan undang-undang yang tegas perlu diujudkan bagi melawan puak kartel serta membasmikan sorok barangan keperluan yang amat menyusahkan keseluruhan rakyat.

Puak-puak harus ditangkap dan didakwa di bawah Akta SOSMA serta harta benda mereka juga mesti dirampas.

Jika kita ada penguatkuasaan serta undang-undang yang tegas seperti ini barulah polemik sorok bekalan makanan akan selesai.

Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin kerajaan pun tak perlu lagi cakap bernada 'bodoh' yang menampakkan kebodohan diri mereka.

Yang Benar,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
Pengerusi Mobilisasi Sekretariat POM
7 April 2024

Catat Ulasan

0 Ulasan