Besar sangat ke kesalahan abang jual belon ni?

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mempersoalkan tindakan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap seorang penjual belon yang disifatkan keterlaluan.  

Beliau berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku ke atas peniaga kecil yang sekadar mencari rezeki dan menggesa pihak berkaitan memberi penjelasan mengenainya.  

“Besar sangat ke kesalahan abang jual belon ni? Sampai begitu sekali diperlakukannya.  

“Mohon sesiapa mengenali abang belon ni, maklum pada saya supaya peguam Pemuda UMNO akan tuntut keadilan untuk abang belon ni,” katanya hantaran Facebook hari ini.



Dr. Akmal turut menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa memberi penjelasan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap insiden itu.  

“Kepada YB Menteri, Dr Zaliha Mustafa, tolong jawab dan pantau apa yang telah dilakukan oleh penguat kuasa DBKL ni.  

“Kamu nak tunjuk kuasa kamu, nak tunjuk hebat pada peniaga kecil, takpe kami akan bela hak mereka ini,” tambahnya.  

Kebelakangan ini, tindakan tegas DBKL terhadap peniaga kecil sering menjadi perhatian, dengan pelbagai pihak menggesa agar penguatkuasaan dilakukan secara berhemah tanpa menjejaskan mata pencarian rakyat. 

BACA LAGI


MENARIK





Catat Ulasan

0 Ulasan