Selaras dengan peningkatan penggunaan pembayaran elektronik (e-payment) dan automasi IT, maka pihak bank tidak sepatutnya lagi menggunakan alasan cuti umum dan hujung minggu untuk menangguhkan pembayaran kepada para peniaga.
Jumlah e-payment yang melalui sistem perbankan pula adalah kira-kira RM1.4 trilion.
Oleh itu, pihak bank mengaut banyak keuntungan daripada apungan percuma apabila menangguhkan pembayaran kepada peniaga selain fi yang dikenakan ke atas peniaga untuk fasiliti e-payment.
Justeru, saya menggesa kerajaan mewajibkan semua bank membuat pembayaran kepada peniaga dalam tempoh 48 jam selepas menerima pembayaran daripada pelanggan masing-masing. Ini berupaya meningkatkan aliran tunai untuk peniaga dan ekonomi negara juga akan mendapat manfaat daripadanya.
DATUK SERI DR WEE KA SIONG
Presiden MCA / Ahli Parlimen Ayer Hitam
0 Ulasan