Kenapa Rafizi diam menikus isu syarikat suami Hannah Yeoh?


Ketika ini kecoh satu Malaysia mengenai syarikat suami Hannah Yeoh, Asia Mobility dilantik oleh kerajaan negeri Selangor untuk membuktikan konsep projek rintis Demand Responsive Transit (DRT).

Pihak pembangkang mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor itu memandangkan Hannah merupakan seorang menteri Kabinet.

Mereka bimbang sekiranya wujud unsur pilih kasih dan nepotisme dalam isu tersebut.

Sudah tentu pemimpin-pemimpin DAP seperti Teo Ni Ching, Yeo Bee Yin dan Ng Sze Han berhempas pulas mempertahankan keputusan kerajaan negeri Selangor yang didominasi PH.

Cuma ada hairan apabila Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli diam menikus dalam isu ini.

Walhal semasa menjadi pembangkang dahulu, Rafizi paling lantang bersuara apabila timbul isu-isu sebegini melibatkan ahli keluarga pemimpin BN.

Masih segar dalam ingatan kita semua betapa gigihnya Rafizi menghentam NFC yang dimiliki suami bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Mulut Rafizi ketika begitu lancang menggesa SPRM menyiasat Datuk Seri Mohd Ismail Salleh.




Maka penyokong-penyokong pembangkang pun menjulang Rafizi sebagai pejuang menentang amalan salah guna kuasa, nepotisme dan korupsi.

Setelah hampir 13 tahun, isu yang kelihatan mirip skandal NFC timbul semula. Cuma bezanya kali ini melibatkan sekutu kuat Rafizi dalam PH.

Eloklah Rafizi kembali bersuara lantang mengecam kebobrokan kerajaan negeri Selangor itu.

Kalau lama sangat menikus, nanti rakyat tersalah sangka pula. Orang lain buat tak boleh, puak depa buat tak apa.

Catat Ulasan

0 Ulasan