Memang sudah agak calon PH Pang Sock Tao menang di KKB


Seperti yang dijangka, calon PH, Pang Sock Tao memenangi PRK DUN Kuala Kubu Bharu hari ini.

Beliau beroleh 14,000 undi sekali gus menewaskan Khairul Azhari Saut (PN) - 10,331 undi, Nyau Ke Xin (Bebas) - 188 undi dan Hafizah Zainudin (PRM) - 152 undi.

Salah satu faktor yang memastikan pengundi di Kuala Kubu Bharu terus menyokong PH adalah janji-janji yang ditabur sepanjang kempen berlangsung.

Penduduk yakin bahawa Sock Tao mampu menangani isu-isu penting seperti ekonomi, kebajikan dan pembangunan infrastruktur.

Selain itu, kemenangan PH dalam
pilihan raya negeri (PRN) Selangor
tahun lalu telah menambah keyakinan pengundi terhadap gabungan politik tersebut.

Isu-isu di peringkat nasional seperti kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin PH sedikit sebanyak menyebabkan para pengundi agak keberatan untuk menyokong calon PN.




Tambahan pula, mereka mungkin bimbang segala usaha pembangunan yang dirancang akan terbantut sekiranya pembangkang menang di Kuala Kubu Bharu.

Tidak dinafikan, sejak kempen bermula, 'padang' di Kuala Kubu Bharu agak tidak rata bagi Khairul Azhari.

Namun, jumlah 10,331 undi yang diperolehinya membuktikan PN mampu memberi saingan sengit di Kuala Kubu Bharu yang memang dikenali sebagai kubu kuat DAP.

Catat Ulasan

0 Ulasan