Kes pukul pemandu OKU: Tunku Mahkota Ismail mahu siasatan menyeluruh


Berikut adalah kenyataan penuh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini berhubung isu seorang pemandu OKU dipukul pengawal pengiring:

Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.  

Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. 

Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya. 

Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

Justeru, saya menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. 

Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar.




Catat Ulasan

0 Ulasan