Veteran UMNO desak batal cadangan jual pegangan MAHB kepada GIP


Veteran UMNO mendesak kerajaan membatalkan cadangan menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat asing.

Penegasan itu dibuat oleh Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub dalam kenyataan media, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Veteran UMNO mendesak kerajaan supaya membatalkan cadangan menjual 30% saham MAHB kepada GIP/Abu Dhabi Investment Authority sebaliknya menjual saham itu kepada Khazanah dan KWSP bagi membolehkan kedua-dua GLC itu memiliki sepenuhnya saham MAHB yang sekarang 70% dimiliki mereka.

Veteran UMNO tidak mahu MAHB sebagai satu entiti syarikat yang bertanggung jawab kepada keselamatan udara negara ini dimiliki atau dikongsi dengan syarikat asing. 

Apa lagi GIP yang dimiliki oleh Black Rock berpengkalan di AS yang ternyata membekalkan kemudahan persenjataan dan komunikasi kepada Israel yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza.

Malaysia tidak seharusnya melibatkan diri dengan sebarang kemungkinan berlakunya perang di rantau ini apabila China telah dengan terang-terang menuntut hak mereka di Laut China Selatan. 

Ketegangan yang berlaku di antara China dan Filipina akan menjadi lebih buruk dengan campur tangan AS yang memihak kepada Filipina. 

Ia akan lebih buruk dan akan mengheret Malaysia dalam perbalahan itu sekiranya AS menguasai ruang udara Malaysia melalui penjualan saham MAHB kepada GIP.




Malaysia mesti mempertahankan matlamat penubuhan ASEAN sebagai kawasan ZOPFAN (Zone of Peace And Neutrality) seperti yang diperjuangkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak ketika mana ASEAN mula ditubuhkan dulu.

Veteran tidak mahu Selat Melaka menjadi punca peperangan di Laut China Selatan kerana AS sekian lama mahu mengawal Selat Melaka untuk tujuan ketenteraan mereka. 

Bila MAHB menjadi milik GIP maka ianya akan membuka peluang AS mengawal Selat Melaka melalui udara. 

Bukan itu sahaja, semua lapangan terbang kendalian MAHB diseluuh negara akan dikongsi bersama dengan GIP. 

Ia amat berbahaya kepada kawalan keselamatan negara.

Catat Ulasan

0 Ulasan