BDS Malaysia kesal Siti Nurhaliza sertai konsert David Foster


Berikut adalah kenyataan penuh BDS Malaysia hari ini mengenai isu berkenaan:

BDS Malaysia telah dimaklumkan bahawa pada malam ini (15 Jun 2024), Dato Sri Siti Nurhaliza akan mengadakan satu pertunjukan di Jakarta, Indonesia yang berjudul `Hitman Returns – David Foster and Friends’.

Pertunjukan ini dianjurkan oleh penggubah lagu terkenal David Foster yang berasal Kanada. 

Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Z1oni5 1sr4el. 

Beliau sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Z1oni5 1sr4el dalam acara yang dianjurkan oleh `Friends of 1sr4el Defence Forces’ (FIDF).




Dalam keadaan sekarang di mana lebih daripada 36,000 rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Z1onis 1sr4el semenjak Oktober 7, 2023 dan masih terus melakukan pembunuhan kejam di Gaza dan Tebing Barat, keputusan Dato Sri Nurhaliza untuk menyertai pertunjukan yang dianjurkan oleh David Foster adalah sangat mengecewakan. 

BDS Malaysia berharap semua pihak, sama ada artis, ahli perniagaan, ahli sukan, pihak kerajaan dan rakyat biasa menunjukan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang telah dialami oleh rakyat Palestin semenjak dari tahun 1948 lagi. 

Tindakan paling minimum yang boleh dilakukan ialah memboikot rejim Z1onis 1sr4el serta organisasi dan individu yang terlibat secara langsung dengan kezaliman yang sedang berlaku di Palestin. 

BDS Malaysia
15 Jun 202

Catat Ulasan

0 Ulasan