Cakap Anwar kita tak boleh percaya - Muhyiddin


Berikut adalah kenyataan penuh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laman Facebook beliau, hari ini:

Anwar kata yang akan terjejas dengan penyasaran subsidi diesel hanyalah golongan maha kaya dan warga asing. Ini kerana subsidi diesel bersasar diberikan kepada kenderaan komersil tertentu untuk membendung kenaikan harga barang. Maka kononnya rakyat biasa takkan terjejas.

Tak sampai beberapa hari subsidi diesel ditarik balik kita lihat syarikat penunda kenderaan menaikkan harga perkhidmatan mereka. Adakah golongan maha kaya saja yang kenderaan mereka rosak di tengah jalan? Kereta orang miskin tak rosak?



Pengeluar konkrit juga menaikkan harga konkrit. Sudah pasti harga rumah akan meningkat selepas ini. Adakah golongan maha kaya saja yang beli rumah? Orang lain tak beli rumah?

Saya tengok harga sayur-sayuran seperti timun, cili, sawi juga naik. Adakah golongan maha kaya saja makan sayur. Orang miskin tak makan sayur?

Cakap dia kita tak boleh percaya.

Catat Ulasan

0 Ulasan