PM, Menteri Kewangan tak boleh orang yang sama - Hannah Yeoh


Pemimpin DAP, Hannah Yeoh dengan lantangnya pernah mengecam Datuk Seri Najib Razak kerana menyandang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali gus.

Kecaman itu disuarakan beliau melalui video yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi DAP pada 16 April 2018.

Dalam rakaman video yang sama, Hannah menggesa supaya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak disandang oleh orang yang sama.

Beliau juga mencadangkan supaya digubal undang-undang yang mengehadkan jawatan Perdana Menteri untuk tempoh maksimum dua penggal sahaja.

Selain itu, Hannah mahu digubal undang-undang yang bertujuan mendesentralisasikan dan mengehadkan kuasa Perdana Menteri.

"Tiada individu yang sepatutnya mempunyai kuasa mutlak," tegasnya dengan garang sekali.




Setelah lebih lapan tahun berlalu, kata-kata Hannah itu umpama meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Beliau hanya diam membisu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas PRU15.

Mungkin selaku Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak berani mengecam bosnya sendiri.

Tambahan pula, sekarang tengah panas isu projek DRT Selangor yang dikaitkan dengan syarikat suaminya.

Diam-diam sudahlah, ludah yang dulu lebih baik ditelan sahaja.




Catat Ulasan

0 Ulasan