6 Ahli Parlimen kontroversi dakwa dianiaya pucuk pimpinan Bersatu


KENYATAAN MEDIA

03 Julai 2024

1. YB DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ABDUL KHALID – P.067 KUALA KANGSAR 

2. YB DATO’ DR SUHAILI ABDUL RAHMAN – P.166 LABUAN 

3. YB TUAN MOHD AZIZI BIN ABU NAIM – P.032 GUA MUSANG

4. YB TUAN ZAHARI BIN KECHIK – P.030 JELI

5. YB DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL – P.059 
BUKIT GANTANG 

6. YB DATO' DR. ZULKAFPERI BIN HANAPI – P.095 TANJUNG KARANG 

Pada 24 Jun 2024, kami berenam telah menerima surat daripada YB Tan Sri Speaker Ahli Dewan Rakyat meminta penjelasan mengenai satu notis yang dikemukakan oleh YB Beluran P.183 Datuk Seri DR. Ronald Kiandee berkaitan dengan kekosongan kerusi Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen kami iaitu P.067 KUALA KANGSAR, P.166 LABUAN, P.032 GUA MUSANG, P.030 JELI, P.059 BUKIT GANTANG dan P.095 TANJUNG KARANG menurut perkara 49 A (3) Perlembagaan 
Persekutuan. 

Maka, Pada 27 Jun 2024, kami berenam telah menghantar jawapan bertulis kepada YB Tan Sri Speaker yang menjelaskan dengan sendirinya sebab-sebab mengapa kami menyokong Kerajaan Madani kepimpinan YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke -10. 




Jawapan bertulis kami kepada YB Tan Sri Speaker akan kami edarkan kepada semua media yang hadir hari ini sebagai rujukan. 

Kami berpendapat bahawa tidak akan berlaku kekosongan kerusi Ahli Dewan Rakyat kawasan Parlimen kami disebabkan kami tidak meninggalkan parti BERSATU, kami tidak berhenti menjadi ahli kepada parti BERSATU tetapi apa yang berlaku ialah kami 
DIPECAT daripada parti dan nama kami dibuang daripada sistem keahlian BERSATU. 

Maka, dengan ini jelas membuktikan tidak ada unsur-unsur kami berenam 
meninggalkan parti atau melompat ke parti lain yang mana boleh meletakkan kami di perkara 49 A (3) Perlembagaan Persekutuan

Kami juga ingin menyatakan sejelas-jelasnya bahawa kenyataan kami menyokong Kerajaan Madani adalah demi kepentingan rakyat di kawasan Parlimen kami masing-
masing yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan kebajikan yang mana kami tidak mampu menyediakannya dan membantu rakyat kami sekiranya kami berterusan menjadi Ahli Parlimen di blok pembangkang. 

Justeru, kami membuat keputusan untuk menyokong Kerajaan Madani kepimpinan YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke -10.

Kami berenam setelah berbincang dengan peguam kami, kami berpendapat tidak akan ada kekosongan kerusi Ahli Dewan Rakyat kawasan Parlimen kami memandangkan pindaan perlembagaan BERSATU hanya lulus pada 1 April 2024 setelah kami membuat keputusan menyokong Kerajaan Madani kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Kami beranggap bahawa perlembagaan parti yang sememangnya dipinda dengan niat jahat untuk memastikan kami berenam dijadikan kambing hitam atau lebih jelas sebenarnya kami berenam ini dianiaya oleh pucuk pimpinan BERSATU dan Perikatan Nasional hanya kerana kami memilih rakyat kami daripada terus menyokong pucuk pimpinan yang terus menghentam dan mengkritik 
Kerajaan Madani.

Catat Ulasan

0 Ulasan