6 tahun tak dibicara, kes IPIC Najib memang pelik

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, kes IPIC yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang pelik.

Menurut beliau, kes tersebut kini berlanjutan di mahkamah selama enam tahun tanpa dibicarakan.

Mohd Puad berkata, perkembangan terbaharu menyaksikan mahkamah menangguhkan kes tersebut hingga 14 Oktober depan.

"Enam tahun tanpa perbicaraan memang pelik. Pendakwa raya belum bersedia. 

"Dakwa dulu bukti kemudian. Bila tak cukup bukti tangguh lagi. Hampir 40 kali," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau berkata, adalah tidak benar untuk mengatakan UMNO lepas tangan apabila mahkamah menolak permohonan Najib supaya kes IPIC yang dihadapinya digugurkan (DNAA). 

Mohd Puad memberitahu, masalahnya negara ini berdepan dengan pendakwaan terpilih.

"Suhakam, Majlis Peguam dan lain-lain pun sama. Mereka amat selektif isu yang diperjuangkan. 

"Sebab itu Datuk Zaid Ibrahim buang masa mahu tengok instinct Pas for justice. Pas pun sama," jelasnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan