Pemuda UMNO Kedah minta Lokman jangan jadi ahli politik otak sempit



Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh tidak bersendirian dalam perjuangannya melawan kebodohan Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau menerima sokongan padu daripada anak buahnya termasuk Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Safwan Jaafar.

Mohd Safwan dengan tegas mengingatkan Lokman jangan menjadi ahli politik yang berotak sempit dengan menghalalkan perkara yang dahulu menjadi perkara yang paling utama untuk diwujudkan iaitu Akta Anti Lompat Parti.

Menurut beliau, aktiviti yang dilakukan oleh enambekas ahli Bersatiu tersebut adalah satu pengkhianatan kepada hak rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen mereka. 

"Jika perkara ini dibenar dan disokong oleh orang-orang politik seperti Lokman Adam ini, maka Akta Anti Lompat Parti ini akan diabaikan dan tidak praktikal lagi.

"Jadinya, Lokman Adam jangan acah-acah berfikir di luar kotak tetapi bercakap seperti fikiran di luar otak. 

"Rakyat tidak mahu lagi terwujudnya katak-katak politik yang akan menjejaskan kestabilan politik negara. 

"Rakyat mahukan Ahli Parlimen, Menteri dan kerajaan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka, bukanlah orang-orang politik berputar belit seperti Lokman Adam," jelasnya.

Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dan Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam semakin panas berikutan isu 'katak politik'.

Konflik bermula apabila Lokman semalam menuduh Dr Akmal sebagai 'jurucakap PN' kerana mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bahawa enam kerusi yang disandang bekas-bekas ahli Bersatu sebagai tidak dikosongkan.

Dalam rakaman video melalui Facebook semalam, Lokman yang popular dengan gelaran 'Lobakman' menyuruh Dr Akmal menyimpan kebodohannya.

Bagi menjawab keceloparan mulut Lobakman itu, Dr Akmal menulis dalam hantaran Facebook hari ini sekali gus menambah lagi kehangatan perang mulut antara kedua-dua pihak. 






Catat Ulasan

0 Ulasan