PH kalah di Sungai Bakap, jangan salahkan UMNO

 


Berikut adalah kenyataan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub hari ini mengenai keputusan PRK DUN Sungai Bakap:

1. Jangan salahkan UMNO apabila PH kalah di Sungai Bakap. Semua jentera UMNO dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak telah turun padang membantu bagi mempastikan kemenangan calon PH. Veteran UMNO juga turut membantu bersama Veteran UMNO Nibong Tebal dan Veteran UMNO Selangor. Saya bersama Pengerusi Veteran UMNO Malaysia berkampung selama 10 hari dan terlibat dengan program di semua 8 PDM.

2. Kita telah berbuat yang terbaik untuk memujuk ahli UMNO supaya mengundi calon PH. Tapi keputusan berada di tangan mereka dan kita akur dengan pilihan mereka.

3. Mengikut persefahaman sebelum penamaan calon, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kempen  di kawasan masing-masing. UMNO telah menyusun dan menggerakan jenteranya bagi mempastikan 5000 ahlinya keluar mengundi PH. Kami telah berkerja seperti calon yang bertanding itu calon UMNO. Tapi malangnya keputusan disebaliknya.

4. Kami mendapat maklumat pengundi Cina gagal didekati oleh pemimpin DAP. Ada yang tidak tahu pun ada PRK di Sg Bakap. Ada yang memberitahu mereka tidak mahu keluar mengundi tanpa sebab. Ia terbukti hanya 47% pengundi Cina yang keluar mengundi. Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Kita tidak mahu menjadi pahat yang berbunyi setelah rumah siap. Tapi yang pasti ada sesuatu yang tidak betul.

5. Yang menghairankan kenapa orang Cina yang menghadiri majlis makan malam bersama AP DAP Kepong pada malam keputusan PRK itu bertepuk tangan apabila AP itu mengumumkan calon PN menang?. Mesti ada yang tidak kena. Perlu diingat DAP adalah rakan lama PKR dalam PH.

6. Veteran berpandangan keputusan PRK Sg Bakap akan memberi kesan yang besar kepada PRK Nenggiri. UMNO akan berdepan dengan cabaran yang sukar untuk memenangi Nenggiri. Jentera UMNO mesti bekerja kuat untuk menawan Nenggiri walaupun majoriti yang diperolehi PN dalam PRU yang lalu hanya 810 undi.



Catat Ulasan

0 Ulasan