Sokongan Melayu tak akan pulih selagi hak Najib dinafikan - Puad


Berikut adalah kenyataan Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung keputusan PRK DUN Sungai Bakap:

Terima sahajalah kekalahan di Sg Bakap. Jangan banyak alasan dan formula kenapa kalah. Rakyat tidak puas hati. Trust deficit datang lagi.

Kejayaan di Kuala Kubu Baharu tidak bertahan lama. Beberapa keputusan dan tindak tanduk kerajaan selepas PRK KKB jadi bola tanggung lawan.

Jangan cepat lupa daratan selepas menang di KKB. Jangan cepat buat kejutan. Jangan abaikan kekhuatiran rakyat. Gugur saja mereka yang tidak berprestasi.

Pada ahli UMNO dan sympathizers Najib, selagi dia dinafikan hak dan perbicaraan adil, mereka akan bertawakuf. Sokongan Melayu tidak akan pulih.




Catat Ulasan

0 Ulasan