'Sumpahan orang minyak' punca PH kalah di Sungai Bakap?


Sebelum keputusan rasmi PRK DUN Sungai Bakap diumumkan, nama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah mula tular kerana dikaitkan dengan punca kekalahan PH di situ.

Menteri Ekonomi itu merupakan antara pemimpin PH yang gigih turun padang di Sungai Bakap sepanjang tempoh dua minggu kempen berlangsung.

Nampaknya, formulanya kali ini tidak menjadi sekali lagi, sama seperti formula-formula lain yang dicanangnya semasa menjadi penghasut dahulu.

Terdapat beberapa insiden melibatkan ceramah Rafizi yang mungkin membuatkan rakyat di Sungai Bakap tersentap dan enggan memberi undi kepada PH.

Pertama, Rafizi dengan angkuhnya pernah mencabar seorang lelaki yang mempersoalkan tentang isu subsidi minyak untuk naik ke pentas berdebat dengannya.

Perbuatan itu bukan sahaja memperlihatkan ketidakmatangan Rafizi malah memalukan lelaki tersebut yang dituduh sebagai 'orang Sanusi'.

Sebagai Menteri Kabinet, Rafizi sepatutnya bersikap lebih bijak mengendalikan perbezaan pendapat dan bukan mengambil jalan mudah dengan memperlekehkan orang lain.



Kedua, Rafizi pernah mendakwa dua bilik Gerakan PN di Sungai Bakap ditutup berdasarkan maklumat yang diterimanya. 

Dakwaan itu akhirnya memalukan diri sendiri apabila tersebar melalui TikTok bahawa bilik gerakan PN bagi UDM Sungai Duri yang ditinjaunya sendiri masih beroperasi.

Aduh, mana hang nak letak muka Rafizi oi?


Ketiga, Rafizi pernah 'membahlolkan' rakyat yang mempersoalkan ke mana perginya formula beliau untuk memulihkan semua ekonomi negara.

Dengan bongkak dan sombong Rafizi menjawab pertanyaan itu secara terbuka di atas pentas dengan berkata: "Memang bahlol, formula tengah berjalanlah bodoh!"

Adakah patut seorang yang bangga dengan reputasinya sebagai 'orang minyak' di sebuah GLC yang terkemuka  berkata demikian terhadap rakyat marhain yang amat mendambakan formulanya bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat kenaikan harga barang dan penarikan subsidi diesel?


Rakyat di Sungai Bakap telah pun membalas keangkuhan, kebongkakan dan kesombongan si orang minyak dengan menghadiahkan kemenangan sekali lagi kepada PN.

Sudah tiba masanya PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim memikirkan sama ada wajar mengekalkan Rafizi dalam barisan Kabinetnya kerana 'orang minyak' kini sudah menjadi liabiliti kepada Kerajaan Madani. - TUKANG TULIS

Catat Ulasan

0 Ulasan