Tidak boleh promosi arak di sekolah - Kabinet

Gambar hiasan: Shahbaz Hussain / Pexels

Kabinet bersetuju mengekalkan garis panduan sedia ada yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin.

"Pada masa sama, mesyuarat Kabinet juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan seperti mana yang telah diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.

"Bagaimanapun, Kabinet menegaskan bahawa penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam," katanya.



Catat Ulasan

0 Ulasan