Akmal jemput Latheefa datang Himpunan Huffaz 24k


Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menjemput pemimpin PKR, Latheefa Koya untuk menghadiri Majlis Himpunan Huffaz 24K.

Beliau berharap, hati Latheefa dapat dibersihkan setelah mendengar ayat-ayat al-Quran.

"Nanti tak adalah koyak sangat," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Latheefa mengkritik program tersebut yang disifatkan sebagai 'gimik mahal' kerajaan bagi menunjukkan ia lebih mengangkat Melayu dan Islam berbanding PN.

Latheefa mendakwa, program itu satu pembaziran dan seharusnya dibelanjakan kepada jalan yang lebih baik terutamanya diberikan kepada golongan miskin.

Dr Akmal menambah, penganjuran program itu bukan bertujuan menunjukkan siapa yang lebih Islam.

"Tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin negara Islam yang perlu memartabatkan agama Islam tidak kira kerajaan mahupun pembangkang," jelasnya.




Catat Ulasan

0 Ulasan