Kekhilafan Zahid bola tanggung buat lawan di Nenggiri


Kecoh satu Malaysia apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tersasul melaungkan 'Hidup Israel!' malam kelmarin.

Memang sangat dramatik memandangkan laungan itu dilontarkan pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sudah tentu ramai yang terkejut dengan laungan yang sangat tidak kena pada tempatnya itu.

Ahmad Zahid telah pun meminta maaf atas kekhilafannya itu yang dikatakan berpunca daripada keghairahan dan semangatnya yang tinggi dalam memperjuangkan pembebasan Palestin.

Insiden itu juga berlaku pada malam pertama kempen PRN DUN Nenggiri bermula secara rasmi.

Memandangkan kawasan DUN berkenaan mempunyai majoriti pengundi Melayu dan Islam, sedikit sebanyak kekhilafan Ahmad Zahid boleh memberi kesan negatif terhadap kempen BN di situ.

Lebih-lebih lagi, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO itu pernah menyatakan pendiriannya yang senada dengan Kerajaan Perpaduan dalam isu jualan saham MAHB kepada anak syarikat BlackRock.

PN dijangka akan memanfaatkan sepenuhnya kekhilafan Ahmad Zahid itu untuk meyakinkan pengundin menyokong calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail.

Dengan masa yang berbaki kurang dua minggu, jentera BN terpaksa melipatgandakan usaha membaiki kerosakan akibat kekhilafan Ahmad Zahid.

Sebelum ini, pada PRK DUN Bakap, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pernah tersasul menyebut 'bahlul' ketika menyampaikan ceramah.

Kali ini berlalu pada Ahmad Zahid pula. Elok juga kalau beliau menyediakan teks ucapan terlebih dahulu dan membacanya.

Dengan cara ini, risiko berlaku kekhilafan dapat diminimumkan dan tidak menyebabkan rakyat terkejut dengan kata-katanya yang luar biasa.




Catat Ulasan

0 Ulasan