Mashitah nafi terlibat pemerdagangan orang di Myanmar

 


Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dengan kegiatan pemerdagangan orang di Myanmar.

Beliau telah membuat laporan dan memberi keterangan di Bukit Aman berhubung dakwaan tersebut semalam.

Mashitah berkata, maklumat yang disebarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dikutip daripada media picisan di negara jiran.

"Kebetulan kawan saya ajak bergambar sahaja pada projek dia di sana," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa, seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Mashitah menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah kepada mana-mana pihak yang cuba mengaitkannya dengan fitnah itu.

"Alhamdulillah saya kekal utuh berpegang pada ajaran Islam dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang bercanggah dengan agama mahu pun undang-undang Malaysia," jelasnya.


Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan