Kerajaan Perpaduan pandang serius isu 3R

 

Gambar: FB Asyraf Wajdi Dusuki


Kerajaan Perpaduan memandang serius terhadap isu-isu berkaitan raja, kaum dan agama (3R), kata Ketua Sekretariatnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

"Mesyuarat turut memandang serius isu-isu mengenai 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Selain itu, Asyraf Wajdi menambah, mesyuarat tersebut menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi BN dalam masa terdekat.

Menurut beliau, seluruh jentera parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan terutamanya BN dan PH akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama.

"Mesyuarat memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRK DUN Mahkota sebagaimana berikut:

Pengarah PRK, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Penyelarasn Jentera PH, Aminolhuda Hassan," jelasnya.


Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan