Puad minta Muhyiddin letak jawatan


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN). 

Beliau berkata, Muhyiddin tidak perlu menggunakan alasan belum dihukum bersalah.

"Ini berkaitan integriti. Dia didakwa rasuah kerana isu jana wibawa. Hari ini pula dia didakwa kerana isu 3R. 

"Menantunya belum menyerah diri dan Bersatu kalah teruk di Nenggiri," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad menambah, Muhyiddin patut mencontohi Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan apabila BN kalah pada PRU14.

Menurut beliau, Najib mengambil langkah itu walaupun belum didakwa di mahkamah.

"Tetapi kenapa dengan baggage yang berat masih mahu kekal jawatan. 

"PAS bisu kerana masih keliru siapa 'dajal'," katanya.

Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan