UMNO mesti kembali dominan, bukan sekadar 'pelengkap' Kerajaan Perpaduan - Akmal

 


Pergerakan Pemuda UMNO mahu parti itu kembali menjadi dominan dalam landskap politik negara.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, sayap itu tidak mahu parti itu terus selesa dengan situasi semasa sebagai 'pelengkap' kepada Kerajaan Perpaduan. 

Menurut beliau, hasrat itu turut dikongsi bersama dengan akar umbi parti.

"Angka 26 perlu ditingkatkan kembali sehingga menjadi dua pertiga Dewan Rakyat. Ini baru level UMNO!" katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2024 di WTC Kuala Lumpur hari ini.

Dr Akmal turut mengulangi jaminan bahawa Pemuda UMNO akan memastikan nilai perjuangan parti itu tidak berubah walaupun berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau memberitahu, UMNO tetap teguh mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu.

"Buktinya, boleh tengok dan nilai sendiri. Berapa banyak kita bertelagah, berbeza pandangan dengan 'jiran-jiran'. 

"Sampai ada yang kata Dr Akmal Saleh ini bukan 'teamwork material'. Nak 'teamwork material' macam mana, kalau dah memang mencabar pendirian kita?" ujarnya.

Dr Akmal juga menegaskan kembali pendirian Pemuda UMNO bahawa sayap itu akan bangkit dan menentang habis-habisan mana-mana pihak menyentuh Islam, Melayu dan raja.


Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan