Sampai masanya Hamzah desak Muhyiddin undur diri - Puad

Gambar: FB Muhyiddin Yassin

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan, masanya sudah tiba bagi Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendesak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia berikutan isu ucapan Muhyiddin berkenaan peranan dimainkan oleh Yang Dipertuan Agong ke-16 dalam melantik Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 semasa berkempen pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

"Sampai masanya Hamzah mendesak Muhyiddin undur diri. Tidak perulah diteliti secara halus," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kelmarin, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum).

Mohd Puad turut mempersoalkan mengapa kenyataan Hamzah dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu itu bercanggah.

"Hamzah berkata Bersatu akan teliti dengan halus. Tapi Tuan Ibrahim kata semua ADUN PN Pahang beri sokongan penuh kepada Tengku Mahkota Pahang yang mahu Muhyiddin disiasat. 

"Pengerusi PN Pahang berhemah dan bersopan. Tetapi bos besar PN pula degil. Tengku Mahkota Pahang telah menyatakan kemurkaannya. Kenapa payah sangat Muhyiddin minta ampun?" katanya.

Beliau menambah, adalah tidak mungkin bekas Perdana Menteri dan masih bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri tidak boleh beradab dan mohon keampunan.

Jiwa Merdeka





Catat Ulasan

0 Ulasan