Amanah tak payahlah gelojoh sangat nak kongsi kuasa di Johor

 

Hasbie Muda (Gambar: FB)


Belum pun sempat Syed Hussien Syed Abdullah mengangkat sumpah selepas kemenangannya pada PRK DUN Mahkota, Amanah sudah memekak mendesak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor.

Hasrat itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda semalam dengan alasan untuk mengekalkan momentum perpaduan dan sokongan rakyat.

Walau bagaimanapun, ternyata Hasbie hanya bertepuk sebelah tangan kerana cadangannya itu tidak menerima sambutan memberangsangkan daripada UMNO yang merupakan sekutu Amanah dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan serta di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Pahang.

Malah, Setiausaha Pemuda BN merangkap Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin dalam kenyataannya malam tadi menempelak Hasbie.

Katanya, permintaan Pemuda Amanah itu kelihatan seperti gelojoh dan lebih lajak daripada laju.

Hafiz turut mengungkit bahawa UMNO dan BN tidak pernah menuntut apa-apa pun selepas membantu kemenangan Suhaizan Kayat pada PRK Parlimen Simpang Pulai dan DUN Simpang Jeram dahulu.

Mungkin Hasbie dan Amanah terlupa bahawa kerajaan negeri Johor hari ini dibentuk sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan.

Ketika PRN Johor 2022 dahulu, UMNO dan Amanah merupakan musuh ketat dan bersaing di banyak kerusi. PH pun cuma menang satu kerusi sahaja.

Lagi pun, apa salahnya Amanah tunggu sehingga habis penggal sebelum membuat cadangan agar penubuhan Kerajaan Perpaduan diperluaskan di Johor.

Paling lama pun tiga tahun Johor akan mengadakan pilihan raya negeri. Takkanlah kemaruk sangat nak jawatan sampai tak boleh tunggu.


JIWA MERDEKA

BERITA GEMBIRA!!!




Catat Ulasan

0 Ulasan