Desakan Razali minta PMX bubar Parlimen buang masa

 

Gambar hiasan: FB Parlimen Malaysia

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan desakan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen sebagai membuang masa, membazir dan menyusahkan rakyat.

Beliau menganggap Razali terlalu naif kerana pilihan raya baru berlalu dan rakyat telah membuat pilihan.

Mohd Puad menambah, Anwar pernah mencabar PN membawa usul undi tidak percaya di Parlimen kerana mereka masih bermain isu kononnya mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi.

"PN hanya ada satu pilihan. Iaitu guna kaedah tebuk atap. Kita cabar PN untuk pujuk mana mana parti dalam kerajaan perpaduan 'pull the plug' kalau benar kerajaan hari ini pecah.

 "Kalau ketagih sangat bubar dewan untuk uji kekuatan, lebih baik bubar DUN Kelantan. PN baru sahaja kalah teruk di Nenggiri," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Hari ini, Razali mencabar Anwar membubarkan Parlimen segera untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih kerajaan baharu.

Beliau mendakwa, pilihan raya kilat disifatkan jalan terbaik mengukur sokongan kerajaan hari ini, bukan usul tidak percaya di Dewan Rakyat seperti gesaan Anwar kepada pembangkang, Jumaat lalu.

Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan