Hantaran TikTok bantuan MyKad RM700 palsu - JPN

 




Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan hantaran mengenai bantuan tunai RM700 yang dibuat oleh seorang pemilik akaun TikTok adalah palsu.

Menurutnya, JPN tidak memberi sebarang bentuk bantuan tunai.

Kata JPN, sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh Kerajaan boleh disemak di portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my). 

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegini. Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti. 

"Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan