Gambar: FB Rosmah Mansor |
Datin Seri Rosmah Mansor memang berhak untuk berasa bangga dengan kejayaan kanak-kanak genius, Izz Imil Sharom menjadi siswa termuda mendaftar di Universiti Malaya (UM).
Izz Imil yang baru berusia 12 tahun merupakan 'produk' Permata Pintar yang dinaungi oleh Rosmah dahulu.
Maka tidak hairanlah, Rosmah menganggap kejayaan Izz Mil itu seperti kejayaan anaknya sendiri.
Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar jurusan Sarjana Muda Sains dalam Matematik itu membuktikan program Permata yang dicetuskan semasa zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dahulu bukan pembaziran dan tidak bermanfaat.
Izz Mil Shahrom |
Masih segar lagi dalam ingatan, ada pihak khususnya pembangkang ketika itu yang tidak senang dengan kewujudan Permata yang bertujuan membimbing dan mendidik anak-anak pintar dan berbakat.
Sejak diperkenalkan pada 2007, program Permata telah mencatatkan pelbagai kejayaan termasuk diiktiraf sehingga ke luar negara.
Namun, suara-suara sumbang dari kem pembangkang ketika itu termasuk Rafizi Ramli berterusan menyerang program Permata dan Rosmah.
Kini, mereka pasti terdiam seribu bahasa setelah meliihat kejayaan Izz Mil yang membuktikan segala tohmahan mereka terhadap Permata dahulu adalah tidak berasas sama sekali.
Malah, kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan program Permata yang sememangnya memberi banyak manfaat kepada generasi anak-anak kita.
Tahniah kepada Izz Mil. Terima kasih kepada Najib dan Rosmah yang mengilhamkan serta menjayakan program Permata.
0 Ulasan