PAS mimpi di siang hari berangan tawan Sabah

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan hasrat PAS untuk menawan Sabah sebagai 'mimpi di siang hari'.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu perlu menawan Sabah jika mahu memerdekakan negara.

Mohd Puad berkata, PAS sukar menang walau satu kerusi pun di Sabah. 

"Lagi pun apa sebenarnya yang PAS mahu merdekakan? PAS sendiri tidak mampu memerdekakan partinya dari amalan politik toksik, politik melabel lawan dengan gelaran 'dajal', 'anti-Islam' dan sebagainya.

"PAS adalah penjajah pemikiran politik agama yang memundurkan. Terlalu lama penjajahan ini berlaku. Seolah olah PAS itu Islam dan Islam itu PAS. 

"Rakyat perlu dimerdekakan daripada penjajahan politik agama yang menyesatkan ini," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.


Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan