Zahid sudah usaha 'sampai ke siling' bebaskan Najib

 

Gambar: FB Zahid Hamidi


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah berusaha 'sehingga ke siling' untuk memastikan titah addendum terhadap Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sanggup membuat affidavit mengenai titah addendum.

Menurut beliau, UMNO bertekad untuk membela Najib walaupun bekas Perdana Menteri itu tidak memintanya.

"Begitu tabahnya UMNO menunggu kepulangan Najib. Zahid melewatkan penggulungannya kerana menunggu Yana Najib balik dari penjara waktu itu.

"UMNO akan terus mara bersandarkan setiakawan dan solidariti. Najib kekal simbol kebangkitan. Mahkota medan perang seterusnya. UMNO sudah siap bertempur," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau berkata, semua jurucakap negeri termasuk Ahmad Zahid bercakap isu pembelaan Najib. 

"UMNO tidak tinggalkan kawan. Zahid bangkitkan isu Najib masa taklimat Presiden, penggulungan dan ucapan dasar," katanya.

Mohd Puad menambah, lawan UMNO juga bimbang apabila tahap kepercayaan rakyat dan ahli UMNO terhadap Ahmad Zahid kembali kukuh.

Beliau memberitahu, ia telah dibuktikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 serta dibantu dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri.

"Pada hari penggulungan, Zahid lebih fokus, teratur dan berorientasikan tindakan.

"Banyak usul diterima akan dilaksana melalui kementerian, GLC dan agensi yang diterajui oleh menteri dan pengerusi dari UMNO," jelasnya.




Catat Ulasan

0 Ulasan