Prinsip 'lean' tingkat produktiviti syarikat - MPC



Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku peneraju dalam inisiatif-inisiatif peningkatan produktiviti negara, mengumumkan pelaksanaan inisiatif penambahbaikan produktiviti melalui projek Proof of Concept (PoC) secara digital, dikenali sebagai Digital Lean for Productivity Improvement.  

Inisiatif ini yang menggabungkan teknologi digital mesra pengguna dengan prinsip lean untuk meningkatkan produktiviti syarikat, kecekapan serta inovasi dalam operasi. 


Projek tersebut dapat mengoptimumkan proses automasi dengan menggantikan proses manual dengan sistem automasi bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos serta panduan dalam membuat keputusan yang lebih strategik.

 

Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail menggalakkan lebih banyak syarikat untuk mengadaptasi teknologi digital dan prinsip lean dalam meningkatkan kecekapan operasi mereka.  


"Pelaksanaan projek 'PoC Digital Lean for Productivity Improvement'  ini adalah langkah strategik dalam usaha MPC untuk memajukan operasi syarikat dan mencapai kelebihan kompetitif, syarikat dapat menjalankan operasi yang lebih cekap, responsif, dan berinovasi", katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 

Beliau juga percaya bahawa inisiatif Proof of Concept Digital Lean ini mampu memposisikan Malaysia sebagai negara yang progresif dan berdaya saing serta membawa impak positif yang signifikan dalam memperbaiki kedudukan Malaysia dalam World-Competitiveness Ranking (WCR). Sejumlah 30 buah syarikat terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.

 

Perbandingan pengukuran prestasi dan keberkesanan sistem dibuat sebelum dan selepas proses PoC Digital Lean dilaksanakan. 


Maklum balas daripada syarikat- syarikat yang terlibat dalam PoC ini akan digunakan untuk menilai keberkesanan dan kesesuaian teknologi dalam memenuhi keperluan organisasi.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai projek "Digital Lean" dan perkembangan terkini, sila hubungi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).


JIWA MERDEKA

Catat Ulasan

0 Ulasan