Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini:
Kadir Jasin orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad kata, kenapa manjakan Najib? Apa perlu solidariti dengan Najib? Bahkan dia samakan Najib dengan Abdullah Ang penjenayah yang boleh keluar masuk penjara tahun 1989.
Jawapannya mudah. Najib tidak perlu bilik aircond, berkarpet, tilam air dan video game. Najib hanya minta perbicaraan adil.
Isu perbicaraan adil tidak berbangkit kepada Abdullah Ang Tiada siapa yang sudi bersolidariti dengannya. Berbeza dengan Najib. Dia mangsa politik Tun M. Tan Sri Abdul Rahman Sebli berkata Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil.
Menurut PMX Najib mangsa pendakwaan tergesa gesa, beracun dan penuh dendam. Apakah kini Tun M berdendam pula dengan Anwar. Jangan hairan Tun M akan meminta nyawa politik daripada Najib untuk jatuhkan Anwar.
0 Ulasan