Berikut adalah hantaran Facebook Lim Sian See hari ini:
Pengesahan Istana Pahang
- Istana Pahang mengesahkan bahawa titah adendum adalah sahih dan wujud.
- Salinan titah adendum menunjukkan ia telah dialamatkan kepada Peguam Negara pada masa itu.
Namun, beberapa pihak sudah menafikan menerima atau mengetahui titah ini:
- Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri bawah Menteri Undang-undang kata mereka tidak pernah menerima titah adendum tersebut.
- Menteri Wilayah Persekutuan (yang juga ahli Lembaga Pengampunan): kata beliau tidak pernah melihat titah itu.
- Menteri Dalam Negeri (KDN): maklum bahawa pihak Penjara tidak pernah menerima arahan berhubung tahanan di rumah.
Bermakna tiada arahan turun dari Jabatan Peguam Negara dan titah tersekat di sini, jika wujud.
Kini, kita menunggu beberapa perkara sahaja:
1. Jabatan Peguam Negara untuk menafikan sama ada titah adendum wujud atau tidak.
2. PMX (Perdana Menteri) untuk menjawab:
- Adakah beliau tahu mengenai titah itu?
- Jika tahu, adakah beliau yang mengarahkan Peguam Negara untuk menyekat titah tersebut?
Maka kemungkinan yang tinggal hanya:
a) Jika Jabatan Peguam Negara menafikan kewujudan titah:
Bermakna Istana Pahang mengeluarkan kenyataan fitnah, yang sangat serius.
b) Jika Jabatan Peguam Negara tidak menafikan kewujudan titah:
Bermakna titah itu wujud, tetapi ia mungkin telah disorok mereka.
c) Jika PMX tahu titah wujud tetapi nafi dia yang arahkan Peguam Negara menyekat titah maka Jabatan Peguam Negara yang sorok titah.
d) Jika PMX tidak menjawab langsung maka kemungkinan PMX sendiri yang mengarahkan Peguam Negara agar titah tersebut disorok.
Akhirnya persoalan "siapa sebenarnya sorok titah?" akan terjawab.
NOTA:
Dulu, isu ini dikatakan subjudis dan tidak boleh dijawab.
Kini, ramai pihak rebut-rebut beri penjelasan untuk lepaskan diri, kecuali dua pihak sahaja.
0 Ulasan